Tuesday, December 13, 2011

Perigi Cari Timba?

Yeah blog. This part saya suka. 'Perigi Cari Timba'. Hehe, actually, saya memang dah jatuh hati kat someone nie, tapi malu nak mengungkapkan. Coz "TIMBA" saya nie lain sikit orangnya. Ustaz lah katakan. Takut nak usha2 coz mana lah tau dia ada gf dah kan. Huhu, "TIMBA" saya nie handsome jugaklah, pastu  baik.
Well, tadi ( 13.11.2011/7pm ), before nak balik, saya boleh teserempak dengan dia. Punyalah malu seh. Dahlah pakaian saya waktu tuh buruk semacam, yang c "TIMBA" nie boleh  pulak pi tengok2. Tambahlah kalut keadaan kita time tuh. Saya pun apa lagi ,buat tak tahu and then tunggu order tu sampai. Pastu blah tanpa tengok belakang lagi. Wahh , memang malu sangad2 lah time tuh. Masa tuh memang lupa kat BOYFIEE dah. Before naik kereta  nak balik tuh, c "TIMBA" boleh pulak curi2 tengok. Haish, apakah dia rasa apa yang saya rasa  tuh hah? Malu seh kalau jadi perigi cari timba nie. Patut buat solat isthikharah ni. Nak tengok siapa pilihan saya. :)

*For my TIMBA : saya harap kamu jugak feel benda yang sama. :)

Wednesday, October 12, 2011

♥ Rumah kaca idamanku ♥♥♥






Assalamualaikum blogger,

      So, how are u? Harap-harap sihat laa ekk.. Hihihihihi... Rindu laa nak post something kat blog aku nie... Well, today aku nak cerita pasal Rumah Idamanku.. Heheheeh.. I'm sure korang pun mesti ada impian kan? Ini adalah photo rumah idamanku.. Aku ambil dari GOOGLE nie... Aku haraplah satu hari nanti aku dapt bina  rumah idaman ku nie.. Ooo yeah ! Lupa lak nak cerita nama rumah ku nie, nie laa dia Rumah kaca mewah  ku... eheeheeehee... Ala-ala gini laa, xserupa sangat coz aku ada design sendiri gak rumah aku tue.. Cerita sikit, kalau part halaman rumah, mesti ada garaj kereta macam shopping mall tu, pastu kat ruang tamu pulak, tak perlu banyak sangat aksesori, menyemak jer.. Simple sudahlaa... pastu, kalau bahagian dapur pulak, macam yang dalam gambar tu, tapi dinding toilet mesti ada bau  marmar... Bahagian dapur tak perlu laa dinding kaca, dinding biasa jer.... Cuma kat ruang tamu jer.. Supaya nampak menarik laa... eheeheh.... By the way, rumah nie khas aku nak bina untuk family aku tinggal... Harap-harap tercapailah..., Hehehehe...

Friday, September 16, 2011



My Dear blog... 
   Hari nie xnak cerita banyak coz dah ngantuk sangat dah... Cuma nak lawat jerrr blog nie sebab lama dah x log in kannn... hahaha~~~ Tetiba nak upload photo ngan new handphone aku nie.. Tp Blackberry lama laa... Yg storm 1st punya tueeee.... hihiihihihi.... 16 Sept is Malaysia's Day... Maknanya samalaa dengan Anniversary Day my parents... Dah 21 tahun dorang kawin... Aku pun dah 20 tahun... haaaa... Harap-haraplaa dorang bahagiaaa hingga ke akhir hayat... Love my mum and dad... muahh...

Wednesday, August 24, 2011

Peace..

Now, Im back.. Hehehe... Lmanya x in kat blog nie... Hmpir 3bln rsanya, fuhhh!! Pa nak ceta yer?? Okay, 1stly, ak nk ceta sal ak skg nie dh keja, tp just  keja besa2 jak.. Ngajar bebudak, best mmg best, tp bebudak nya nakal, Nauzubillah.. Nakal sgt2 nie... Ssh sgt nk lrg, tp kalau  xda drg, mmg xmeriahlaa klas.. hehe.. Tp rsanya ak ngajar drg nie smentara ja, coz xlma g kan pndh tmpt ngajar dh.. Huhuh.. 
    So 2nd stury, ehmmmm... Now skg nie hidup ak hepy sgt2 coz skg nie stay kat umah ja kan.. Puasa pn kat umah, raya pn kat umah.. heheh.. Best sgtlaa.. Dh 4thn puasa tmpt lain, jrg2 dpt balik rmh.. So skg nie pluang nya.. Heeheeh... Okayla, nti kta continue stury lg... hee.. XD

Thursday, April 21, 2011

:: Assalamualaikum ::


    Mornink all...mornink my dear blog...heheheeh....ari ni ak nak ceta sal pkembangan ku...
hohoho....Mula2 nak citer sal study..skang nie study agak kelam kabut jgkla....maklum..,nk dekat AMALI DAKWAH kan...penat la...dahla ak s/u MUHADHAROH...pastu s/u AMALI g...comfirm pnt la...then....tasmik surah g...dahla byk tol surah dier...sure2 tmbh pnt...by the way,mmg istilah bljr gk namanya kn...mna ada study xpnt...heheehhe...
  Secondly...status masih single...blm bcewek lg skg...xpela...mmg dh dugaan...apa2pun ak xkisah....yang pnting happy....ada gak mom and dad ak kn...heheheh...makin cumil + gumuk ooo sya...
  Thirdly....hohhohoho....baru2 nie kami ada pjumpaan ngan TUAN PENGETUA ....hoohoho...dier nak ajar siapa yang lemah al-Quran....huhhu...yang terpilih hanya 12 orang saja....termasukla aku salah satunya....hehehe....best wowwww dier ajar...terus paham nie..tp yang menghairankan la...ada yang xpandai baca langsung nie xpulak terpilih...kami yang kira blh baca nie terpilih pulak....mungkin itu yang dipilih oleh Allah kan.....yang lain just asbab jer....
  Last but not list....hohohoh...apa nak tulis g yah??nothing la nak kongsi....heheheh...nanti bla ada lagi, aku staw kaw k...okay kio...nak p mandi luk...bauk dah nie....pastu nak g klas....

     :: miss my FAMILY:::muah!!!

Tuesday, April 5, 2011

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Futuwwah Cinta

Inilah dia cinta
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.

Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.

Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Moga aku menyintai mereka yang mendekatkan aku akan cintaNya... amin..

Tuesday, March 22, 2011

Aku dan Kekasihku..


Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peaceaje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?
DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat &contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.
Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.  Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.
Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~
So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.
Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam...  pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?
Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni...
Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!
Ish! Rindu sangat dah ni!

Monday, March 21, 2011

Kita Sepatutnya



Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
o    Menolak ajakan kita untuk keluar.
o    Tidak selalu mengadu kesedihannya.
o    Cemburu pada tempatnya.
o    Mengajak kita untuk bertahajud.
o    Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
o    Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
o    Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
o    Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.


Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
o    Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
o    Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
o    Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
o    Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
o    Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
o    Mengajak kita membuat dosa.
o    Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
o    Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.

Dia Zulaikha..



  • NABI YUSUF mempunyai kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya disertai dengan keperibadian yang mulia menambahkan kehebatannya. Dalam pada itu, tidak sedikitpun dia berbangga dengan kecantikan anugerah Allah itu.
    Ujian paling yang hebat melanda hidupnya ialah ketika Zulaikha, bonda angkatnya sendiri, telah jatuh cinta kepadanya dan cuba menggodanya.
    Apakah kurangnya Zulaikha, walaupun usianya jauh berbeza dari Yusuf tapi masih rupawan. Tetapi oleh kerana Nabi Yusuf sentiasa ingat akan Allah maka tertolaklah bujukan nafsu Zulaikha yang sedang bergolak. Lalu Zulaikha menyuruh suaminya Aziz memenjarakan Yusuf supaya terbalas dendamnya.
    Namun begitu, Zulaikha tetap ingat dan merindui Yusuf, sehingga dirinya hilang pertimbangan. Dia menjadi separuh gila sehingga Aziz terpaksa menceraikannya. Begitu hebat penderitaannya; mulutnya sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf.
    Setelah hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, beliau akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi.
    Satu ketika, sewaktu Nabi Yusuf berjalan di padang pasir, beliau terpandangan seorang perempuan yang kelihatan tidak siuman sedang menyebut-nyebut namanya.
    “Engkaukah Zulaikha?” kata Nabi Yusuf kehairanan. Zulaikha terkejut lalu menangis kerana mengenangkan dosanya kepada Nabi Yusuf.
    Atas kehendak Allah yang kasih kepada makhluk-Nya, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya kembali muda dan bertambah cantik. Akhirnya Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
    Ternyata Zulaikha bukanlah Zulaikha dulu, yang sering merindui Yusuf. Lantaran insaf akan dosa-dosanya dan bagi memperlihatkan kesyukurannya kepada Allah, Zulaikha telah berubah menjadi wanita solehah yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sehari-harian dia bermunajat kepada Allah.
    Masanya hanya untuk Allah, bukan untuk yang lain sekalipun suaminya Yusuf. Nabi Yusuf pun menegurnya supaya kembali kepada peranannya sebagai isteri.
    “Wahai Zulaikha, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mengahwini engkau kerana darinya engkau akan melahirkan dua orang putera dan Allah akan jadikan mereka nabi dari keturunanku.”
    Dengan rendah hati, Zulaikha pun berkata, “Wahai Yusuf, kalaulah Allah perintahkan engkau kerana itu dan aku sebagai jalan perantaraannya, dan kalau dengan mengikut kata-katamu itu juga dikira sebagai taat kepada Allah, maka aku akan taat dan patuh padamu.”
    Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang aman bahagia. Begitu hebatnya pengabdian mereka. Di samping cantik tubuh lahir, juga cantik rohaniahnya sehingga meninggalkan sejarah yang indah untuk tatapan zaman.

Monday, March 14, 2011

:: For The Rest Of My Life ::

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Saturday, March 12, 2011

..S.A.Y.A.N.G..

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut  senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita  semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

Sunday, March 6, 2011

TIPS untuk mewujudkan keyakinan diri..


Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.