Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.
Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
o Menolak ajakan kita untuk keluar.
o Tidak selalu mengadu kesedihannya.
o Cemburu pada tempatnya.
o Mengajak kita untuk bertahajud.
o Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
o Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
o Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
o Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
o Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
o Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
o Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
o Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
o Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
o Mengajak kita membuat dosa.
o Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
o Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.
No comments:
Post a Comment